Jan 10, 2012

Harga Emas Dijangka Naik RM5,662 Seauns

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.


Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.

Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.


Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.

Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset.
– BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan :

Saya juga yakin harga emas mampu mencapai USD1800/oz dalam masa terdekat.
Ini kerana, harga emas pernah mencecah ke angka USD1900/oz pada bulan September yang lepas.
Maka, tidak mustahillah angka 1800 dapat dipecahkan dengan mudah.

Untuk rekod, berikut adalah historical chart harga emas tahun 2011.



Jadi, kepada anda yang bijak di luar sana... ambillah kesempatan untuk memiliki aset2 berharga anda, sebelum harganya melambung sehingga ke USD1800.

Harga sekarang masih di sekaitar 1600/oz. Rujuk graf di bawah :


Jika anda beli sekarang, untung2, anda sudah boleh meraih keuntungan lumayan apabila menjualnya semula ketika harga mencecah USD1800 nanti :)

Begitu mudah melabur dengan emas fizikal... BELI > SIMPAN > JUAL

Tiada rahsia, selain dari itu.

Hubungi saya > 012-5353121 (Puan Dilla) ~ sms preferred.



No comments:

Post a Comment