Jan 29, 2012

KEUNTUNGAN DALAM MASA SEBULAN


Assalamualaikum & salam sejahtera;

Apa khabar para pembaca sekelian, khususnya rakan pelanggan & dealer2 PG sekelian.

Sudah agak lama saya tidak berkesempatan untuk mencoret sedikit perkongsian dek kerana kesibukan tugas seharian.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua...
bagaimana alanglah mudahnya kita boleh menjana keuntungan lumayan dengan hanya
MEMBELI, MENYIMPAN & MENJUAL SEMULA emas kepunyaan kita
~ jangan jual orang lain punya pulak ye, terutama yang kepunyaan suami/isteri @ anak2 tanpa pengetahuan mereka :)

Di bawah ini ingin saya bandingkan secara JELAS lagi NYATA (tanpa berselindung),
bagaimana saya/kami pelanggan & dealer di Public Gold mampu meraih keuntungan/pendapatan sampingan TANPA mengaplikasikan teknik yang mengarut, bukan-bukan & tidak munasabah seperti teknik 30/70, overlapping, 'skim pelaburan', dan lain-lain.



Jom kita tengok sekejap Jadual Public Gold Price seperti di bawah :
KIRI adalah harga terkini (29/01/2012)
KANAN adalah harga sebulan yang lepas (30/12/2012)




Harga ini di capture dari Public Gold Live Price


SITUASI 1
Jika kita sekadar penyimpan/pelabur yang hanya mampu membeli 1 dinar sahaja pada 30/12/2011.

30/12/2011

> Beli sekeping 1 dinar pada harga RM701 (rujuk PG Sell pada 30/12/2011)
29/01/2012
> Telah boleh jual sekeping 1 dinar tersebut pada harga RM740 (rujuk PG Buy pada 29/01/2012)
Keuntungan RM39.00 bagi sekeping 1 dinar. Jika ada 10 keping, 20 keping, 30 keping.... atau 100 keping, tidak kah ia menjana keuntungan yang lumayan.

SITUASI 2
Pelabur bermodal sederhana, jika beli sekeping goldbar 250g

30/12/2011
> Beli 1 keping goldbar 250g pada harga RM42,133 (rujuk PG Sell pada 30/12/2011)

29/01/2012
> Telah boleh jual sekeping goldbar 250g tersebut pada harga RM45,217 (rujuk PG Buy pada 29/01/2012)

Keuntungan bersih adalah sebanyak RM3,084.... amacam? lumayan tak?

SITUASI 3
Pelabur tegar yang bijak mengambil peluang dan kesempatan yang ada serta bermodal agak besar...
Beliau telah membeli 1 kilogram goldbar (250g x 4 pieces)

Keuntungan bersih = RM3,084 x 4 = RM12,336 HANYA DALAM MASA SEBULAN
~ jika ada mana2 pelaburan paling selamat & tanpa risiko yang mampu menandingi pulangan lumayan sebegini, sila beritahu saya...

 Apa yang boleh saya simpulkan....

BIJAK MEMBELI & BIJAK MENJUAL.... insyaALLAH, keuntungan lumayan pasti menjadi milik kita. Kita tidak perlu menjadi salesman yang terpaksa menjual produk dan mencari pelanggan untuk meraih keuntungan... yang kita perlukan adalah ILMU untuk membeli & menjual semula pada masa dan harga yang sesuai sahaja.

Jika sekiranya tuan/puan ingin beroleh keuntungan yang lebih lumayan dari apa yang saya catatkan di atas, boleh sertai kami sebagai dealer Public Gold. Dapat diskaun/rebate semasa membeli dan dapat komisen pula semasa menjual semula kpd Public Gold nanti... (siapa yang tak nak dapat potongan harga semasa membeli & bila menjual semula pun masih dapat tambahan tunai).
>>> Dipersilakan untuk klik tab di atas > DEALER

Ada kalanya, sebagai dealer, kita akan beroleh rezeki kurniaan Allah yang kita juga tidak sangka2kan.
Iaitu jika tiba2 ada customer yang menghubungi & ingin membuat belian dari kita.
Sebagai dealer kita perlu menjual dengan harga semasa PG Sell (ditandakan dengan kotak hijau)... Bayangkanlah... betapa lebih lumayannya keuntungan yang diperolehi jika dibandingkan dgn kita menjual di pada harga PG Buy kepada Public Gold... ini dianggap bonus :)

Ambil sedikit masa & fikir2kanlah :)
Mulakan langkah yang bijak di awal tahun 2012 ini...
Hubungi saya, rakan emas anda > 012-5353121 (Dilla)

Jan 17, 2012

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

2012/01/17

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan. Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi. “Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.

Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.


Sumber : Berita Harian

IMPIAN DUNIA BARU...


KESEJUKAN pagi itu diselubungi kabus ketika Ketua Pegawai Eksekutif Scotgold, Chris Sangster, membuka kunci besi pintu jeriji sebelum dia melangkah masuk ke lif itu.


Lampu suluh kecil di topi keledar dipasang untuk membantu mereka melihat di dalam gelap.

Dalam jarak beberapa meter, lampu di pintu masuk semakin menghilang dan kumpulan dibawa Sangster itu terus ditelan kegelapan lombong emas itu.

Selepas berjalan mengharung air yang menenggelamkan buku lali, mereka mula melihat ketulan kecil besi pirit, yang menyerupai emas, berkilau di terowong.


Ketika itu, mereka berada hampir 250 meter di bawah tanah.

Kata Sangster, kebanyakan emas di kawasan itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ditemui kali pertama pada 1985, lombong emas Tyndrum itu ditinggalkan ketika harga bahan galian itu merudum awal abad ini.

Bagaimanapun, ketika nilainya kini kembali memuncak, Scotsgold bercadang memulakan operasi sekali lagi di situ tidak lama lagi.

Pejabat Scotsgold yang sederhana terletak di bangunan bekas stesen kereta api dan tidak membayangkan kekayaan bakal mereka peroleh di bawahnya.

Kata Sangster, peluang memperoleh emas sangat besar di kawasan itu.

“Data rasmi yang kami ada menunjukkan ada kira-kira 4,621 kilogram emas di sini dan nilai pasaran semasa adalah £184 juta (RM882 juta),” katanya.



Menjelang tahun depan, kata Sangster, nilai itu hampir pasti meningkat lebih tinggi.


Sejak 2008, harga emas naik dua kali ganda dan harga pasaran semasa di Britain adalah RM4,984 bagi setiap satu auns (28.3 gram).

Sebagai keperluan utama dalam pasaran pelaburan tradisional, termasuk bursa saham hingga hartanah, harga emas tidak pernah jatuh mendadak.

Ketika pasaran kewangan global terus bermasalah, wujud momentum “buruan emas” yang baru terus terbina.

Antara pihak yang terbabit dalam buruan itu termasuklah golongan kaya dan penjenayah jalanan.

Daripada cincin di jari hingga komponen telefon pintar dan wayar halus dalam pemproses komputer riba, emas menjadi bahan sangat berharga dalam kehidupan manusia.

Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik.

Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong.

Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi.

Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka.

“Pelombong kini mencari di kawasan lebih sukar dan berisiko, dari kawasan hujung Kanada hingga 4,500 meter di atas paras laut di kawasan Andes,” katanya.

Menurut Tankard, meneroka tapak seumpama itu memerlukan pelaburan besar sebelum aktiviti melombong boleh dijalankan.

“Di utara Kanada, anda akan mendapati jalan paling hampir dengan tapak lombong emas terletak sejauh 800 kilometer.

“Justeru, anda perlukan wang yang banyak untuk menyiapkan laluan, talian elektrik dan lain-lain,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, pelombong juga berdepan dengan tentangan penduduk setempat.

Sebagai contoh, syarikat pengeluar emas terbesar dunia, Barrick Gold, baru-baru ini membelanjakan RM287 juta untuk membina infrastruktur setempat bagi memenangi hati peladang yang membantah pembukaan lombong Pascua Lama di sempadan Argentina - Chile.

Lokasi emas juga semakin sukar dari semasa ke semasa.

Pada hujung abad ke-19, emas boleh ditemui begitu saja di kawasan Kalgoorlie, Australia.

Kini, satu-satunya jalan untuk mendapatkan kekayaan daripada emas ialah dengan membentuk lombong sepanjang hampir 3 kilometer, 1.5 kilometer lebar dan sedalam 370 meter.

Melihat dari tebing lombong itu, sebuah lori yang mampu membawa 250 tan batu tidak ubah seperti objek mainan.

Bagi setiap muatan dibawa, secara purata hanya satu daripada enam lori mengandungi emas - biasanya apabila dikumpulkan ia hanya sebesar bola golf.

Emas seumpama itulah yang menjadi buruan pelombong di kawasan pergunungan Scotland kini.

Sangster berkata, dia yakin kebanyakan sungai di kawasan itu mengandungi emas dan menanti masa didulang.

Katanya, hampir 57 kilogram emas pernah ditemui di sungai kawasan itu pada 1860-an dan ia boleh mencapai nilai RM10 juta pada hari ini.

Pendulang emas veteran, Alan Souter dan Leon Kirk, kini kembali mahu mencuba nasib ekoran pembukaan lombong emas Scotgold di Tyndrum.

Tidak jauh dari situ, kata Souter, ada satu kawasan popular yang kini kelihatan seperti bekas medan Perang Dunia Pertama.

“Kawasan itu dipenuhi lubang dengan setiap satu sedalam satu meter atau lebih.

“Ia adalah bekas orang ramai mendulang emas,” katanya.

Dengan pakaian yang bersesuaian, Souter dan Kirk mula melompat ke dalam air yang sejuk itu untuk mencuba nasib.

Peralatan mereka sangat sederhana - satu paip dengan bola tenis pada rodnya untuk menyedut kelikir di dasar sungai, penapis dan dulang plastik bagi mengasingkan emas daripada batu kelikir.

Namun, keberkesanannya sangat mengagumkan.



Sambil mencuba nasib, Kirk menceritakan betapa kuatnya godaan emas kepada pendulang sepertinya.

“Ia sebati dengan kami dan ia akan mati bersama kami,” katanya.

Kirk berkata, apa yang mendorong orang terus memburu emas adalah impian menjadikan penemuan itu kejayaan besar.

Ia disokong Souter.

Katanya, ramai pendulang yakin akan cukup bertuah pada satu hari.

“Bagaimanapun, hakikatnya adalah berbeza.

“Tidak ramai pemburu emas yang berjaya, malah kadang-kadang mereka gagal mendapat pulangan modal,” katanya.

Untuk membuktikannya, Souter dan Kirk menunjukkan hasil mereka pada hari itu.

Selepas dua jam mengharungi air sungai yang begitu sejuk, anggaran maksimum nilai emas yang diperoleh hanya kira-kira £5 (RM25).

Rakan mereka, Gareth Moore, pula mempunyai pandangan berbeza.

Selepas berhenti kerja, dia meninggalkan keluarganya beberapa bulan lalu untuk menetap dalam khemah di pinggir sungai kawasan tinggi Tyndrum.

Tanpa sebarang pekerjaan lain, Moore hidup semata-mata dengan pendapatan daripada penemuan emas di situ.

Pada usia 27 tahun, Moore memilih untuk hidup begitu kerana bosan dengan suasana masyarakat setempatnya.

“Emas adalah tiket untuk saya keluar daripada kebosanan ini,” katanya.

Moore yakin, apa yang perlu dilakukannya adalah terus sabar mencuba nasib di sungai berkenaan setiap hari dan hasilnya akan dinikmati satu hari nanti.

Berdepan dengan hujan dan musim sejuk, Moore bertegas dia tidak menyesal, malah menikmati sepenuhnya pengalaman di situ.

“Saya sentiasa berjaya menemui emas secukupnya bagi mengisi perut,” katanya.

Sementara itu, di bilik kebal di London, pemilikan emas membayangkan kekuatan ekonomi seseorang.

Sejak berabad lalu, London menjadi pusat pasaran emas dunia.

Jongkong emas terbaik dikenali sebagai ‘London Good Delivery’ dengan berat kira-kira 11.3 kilogram.

Dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 99.5 peratus emas, ia didagangkan di kalangan ahli Persatuan Pasaran London Bullion (LBMA).

Di tingkat 41 Menara HSBC di Canary Wharf, London, pegawai kanan bank itu, Jeremy Charles, menjelaskan mengenai kepentingan emas.

“Ia adalah asas mutlak bagi pasaran London. Tanpanya, kredibiliti dagangan langsung tidak bermakna,” katanya.

Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari.

Sumber : Harian Metro




Jan 10, 2012

Harga Emas Dijangka Naik RM5,662 Seauns

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.


Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.

Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.


Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.

Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset.
– BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan :

Saya juga yakin harga emas mampu mencapai USD1800/oz dalam masa terdekat.
Ini kerana, harga emas pernah mencecah ke angka USD1900/oz pada bulan September yang lepas.
Maka, tidak mustahillah angka 1800 dapat dipecahkan dengan mudah.

Untuk rekod, berikut adalah historical chart harga emas tahun 2011.



Jadi, kepada anda yang bijak di luar sana... ambillah kesempatan untuk memiliki aset2 berharga anda, sebelum harganya melambung sehingga ke USD1800.

Harga sekarang masih di sekaitar 1600/oz. Rujuk graf di bawah :


Jika anda beli sekarang, untung2, anda sudah boleh meraih keuntungan lumayan apabila menjualnya semula ketika harga mencecah USD1800 nanti :)

Begitu mudah melabur dengan emas fizikal... BELI > SIMPAN > JUAL

Tiada rahsia, selain dari itu.

Hubungi saya > 012-5353121 (Puan Dilla) ~ sms preferred.