Sep 6, 2011

Jadi penyimpan bijak... Tukar RM >>> GOLD

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Apa yang hendak diperkatakan ini, adalah apa yang telah saya buat lebih kurang 2 tahun yang lalu... dan saya rasa sangat bertuah kerana telah dikurniakan ilham untuk mula menyimpan emas pada harga yang agak rendah ketika itu (lebih kurang USD1100/oz... untuk rujukan, harga sekarang telah melebihi RM1800/oz)

Bermula dengan menukarkan RM kepada sekeping syiling kijang emas seberat 1oz di Maybank Kuala Terengganu pada 2009. (saya langsung tidak berminat untuk melabur melalui GIA-Gold Investment Account, walaupun pegawai di Maybank Kuala Terengganu itu beriya2 meyakinkan saya, adalah lebih baik menyimpan di GIA berbanding dengan membeli Kijang Emas. Saya tetapkan hati untuk membeli syiling Kijang Emas, kerana yakin pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik)

Beberapa bulan kemudian, oleh kerana sekeping syiling Kijang Emas telah berada di dalam tangan, maka saya menjadi bertambah rajin untk menambah ilmu2 pelaburan emas berdasarkan pembacaan di internet, buku & laporan akhbar semasa. Dipendekkan cerita, saya terjumpa peluang pelaburan emas PALING TELUS, PALING MUDAH dan PALING SELAMAT pada ketika itu melalui syarikat PUBLIC GOLD. Semuanya di hujung jari, yang penting ada keinginan dan ada sedikit kemampuan kewangan (boleh diusahakan jika ada kemahuan).

Di awal penglibatan dengan PUBLIC GOLD, untuk mendaftar menjadi DEALER, kita memerlukan modal yang agak besar (kira2 RM40,000) untuk membeli set dealer yang terdiri dari goldbar 20g, 50g, 100g, syiling 50g, 1 dinar, 5 dinar & 10 dinar. Semuanya ditempatkan di dalam kotak yang sangat cantik.

Bermula promosi sempena Aidil Fitri 2010, PUBLIC GOLD memudahkan individu yang berminat untuk menyimpan sambil berniaga mendaftar sebagai dealer dengan modal permulaan cuma minimum RM20,000 sahaja untuk pembelian mana2 produk PUBLIC GOLD dalam 1 resit. Promosi berkenaan telah dimaktubkan sebagai syarat kelayakan mendaftar sebagai Normal Dealer sehingga sekarang, dengan komisen 1% bagi setiap pembelian.

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai modal seminimum RM20,000 dalam buku bank. Simpan sahaja duit kertas tersebut tidak akan mendatangkan keuntungan maksimum, kerana wang kertas terdedah kepada inflasi. RM 20,000 hari ini akan berkurang kuasa belinya pada sepuluh tahun akan datang. Walaupun kalau dilaburkan dengan kenaikan 8% setahun, ia tetap dianggap tidak berbaloi kerana matawang mengalami kadar inflasi sekitar 4%. Tetapi kalau dengan RM 20,000 itu digunakan untuk membeli emas, kalau anda simpan setahun nilainya dengan kadar kebiasaannya 27% akan menjadi RM 25,400. Kalau sepuluh tahun akan menjadi RM54,000.


TETAPI menurut Dato' Saleh Majid kenaikan harga emas 250% dalam masa lima tahun kebelakangan. Ini bererti kalau RM20,000. Lima tahun berikutnya akan ada kenaikan RM50,00. Ini berertinya duit anda boleh menjadi sehingga RM70,000 pada tahun 2015. Walaupun andaian ini tidak tepat 100%, tetapi, sejarah telah membuktikan kenaikan harga emas sepanjang tempoh tersebut mampu membuatkan anda tersenyum lebar berbanding dengan kawan2 anda yang hanya menyimpan wang di dalam akaun2 tertentu.


Kalau anda bijak, cerdik, pandai dan celik, anda mampu menjana lebih keuntungan apabila bergelar DEALER. Sambil menyimpan emas, anda boleh berniaga. Normal Dealer akan mendapat komisen 1% setiap pembelian emas. Untuk menjadi Normal Dealer, anda mestilah membeli tidak kira apa2 produk PUBLIC GOLD seperti goldbar, dinar atau silver bar. Beli dengan nilai miimum RM20,000 tersebut automotik anda jadi dealer, komisen 1% dari belian RM20,000 terseut akan dimasukkan ke akaun anda pada 20hb berikutnya. Sekali gus anda sudah boleh berniaga emas. Kalau ada yang nak beli emas dari anda, juallah apa yang ada pada anda. Kalau tak cukup, order/lock lagi dari syarikat.
[Tips : selepas menjual setiap apa yang ada di tangan, terus lock untuk memastikan emas simpanan anda tidak akan pernah berkurang dari asal]

Sistem online yang dibangunkan oleh PUBLIC GOLD, memudahkan semua urusan pembelian/lock harga di mana jua anda berada. Jika tidak berada di hadapan komputer pun, dengan mengguna handphone, kita masih mampu membuat pembelian/lock harga menggunakan sms. Kita juga boleh berurusan dengan semua yang berada di Malaysia, kerana PUBLIC GOLD telah mempunyai cawangan di hampir setiap negeri. Anda/customer anda boleh lock melalui online atau sms, selepas bayaran dibuat, item2 yang telah di lock boleh diambil di cawangan pilihan anda/customer anda. Apa tunggu lagi... sistem yang baik memudahkan anda & semua yang ada di sekeliling anda :)

Bagi mereka yang berminat untuk membeli ataupun menjadi dealer, tetapi tidak mempunyai kemampuan yang mencukupi... PUBLIC GOLD menyediakan Easy Payment Plan (EPP) dengan 4 kali bayaran. Selepas bayaran ke-4, anda boleh ambil item yang di lock tersebut. Untuk ini, caj upah pengurusan dokumentasi dikenakan hanya sebanyak 0.5% sahaja. Jika berminat, maklumkan saya tentang minat ada untuk buat pembelian melalui EPP, insyaALLAH saya boleh uruskan.

Apa yang dapat saya simpulkan, berurusan dengan PUBLIC GOLD adalah :

(i)sangat TELUS - harga selling & harga buying terpapar di web, semua dealer, HQ & cawangan Public Gold mengguna harga yang sama

(ii)sangat PANTAS - semua urusan di hujung jari, sama ada melalui online atau sms

(iii) sangat MUDAH - hubungi saya utk lock harga > tunggu Sales Order dari PG > buat bayaran ke akaun PG (Maybank @ Public Bank) > ambil item di lock di cawangan PG seluruh Malaysia yang anda telah pilih

SANGAT MUDAH kan?

Apalagi... segera hubungi saya untuk lock harga... saya sedaya-upaya akan memudahkan semua urusan anda... bukan sekadar lock emas, nak lock silver dan jewellery i-series pun boleh :)

Saya boleh dihubungi : 012-5353121 (Puan Dilla)
Jika anda berada di Kuala Terengganu, selepas lock harga, anda boleh pilih untuk saya serahkan sendiri item di lock ke tanngan anda (COD) atau anda boleh collect di cawangan PG Kuala Terengganu. Pilihan di tangan anda :)

# bukan sekadar membeli dari Public Gold, ingin menjual semula kepada Public Gold pun semuanya boleh diuruskan hanya dengan menggunakan sistem online & sms. Mudah kan?

No comments:

Post a Comment