Mar 3, 2011

1 DINAR x 7 PIECES

1 DINAR x 7 PIECES

1 dinar - Muka hadapan

1 dinar - Muka belakang


Post kali ini saya tujukan khas buat new customer, En. Azhar.


TERIMA KASIH En Azhar kerana sudi berurusniaga dengan saya.

Segalanya bermula...


Handphone berbunyi.... pantas saya menjawab :

Saya : Hello...


En Azhar : Assalamualaikum... Puan Fardila ke ni?


Saya : Waalaikumussalam... ye, saya... siapa ni... ada apa-apa yang boleh saya bantu?


En. Azhar : Saya Azhar... Puan ada jual dinar Public Dinar ke?


Saya : Ada... En Azhar minat ke?


En. Azhar : Ye... saya minat nak beli...
.
.
.
.
.


Seterusnya perbualan singkat kami berakhir dengan persetujuan.
Hari ini 7 keping syiling 1 dinar saya akan bertukar tangan....
tak mengapa... saya masih ada banyak lagi :)


Setelah mengambil apa yang dihajati oleh En Azhar di Safe Deposit Box
(saya tidak sesekali menyimpan stok saya di rumah),
saya terus bergegas ke pejabat En Azhar... sungguh mudah mencarinya.


Tidak sampai 1 jam dari saya menjawab panggilan telefonnya... 7 dinar bertukar tangan...


Apa yang saya nampak...


Walaupun ini baru kali pertama En Azhar menukarkan duit kertasnya kepada dinar, beliau nampaknya sudah padat dengan ilmu berkenaan kelebihan dan faedah-faedah menyimpan emas dan perak.


Walaupun harga yang pada hari ini agak tinggi, tapi beliau yakin... untuk simpanan jangka panjang... emas pasti tidak akan mengecewakan penyimpannya.
(Semua penyimpan emas-perak harus aware dengan perkara ini... kerana kita simpan emas, bukan untuk untung dalam tempoh sebulan dua... jangan bersedih jika harga turun, kerana itulah kesempatan untuk kita menambah emas-perak yang ada)


Saya gembira berurusan dengan beliau. Orangnya baik, tidak cerewet... dan beliau telah ada sedikit sebanyak pengetahuan. Ianya lebih memudahkan urusan saya.


Kesimpulannya, jika kita telah lengkap dengan ilmu pengetahuan... kita akan lebih yakin dengan apa yang kita mahu... selebihnya, serahkan aje kepada kuasa Yang Maha Esa.


Sekali lagi, terima kasih En Azhar... moga suatu hari nanti, En Azhar akan menyertai kami sebagai agen Public Gold di bawah Rangkaian Emas Kini.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Dilla berkata :

Sungguh... Allah telah memudahkan urusanku pada hari ini... senang nak dapat parking, tak macam selalu :)

Terlintas di hati tadi, nak cubalah parking bertingkat baru MBKT (Parkir Automatik Pertama Di Malaysia), tengok2.... la.... banyak pulak kosong yang atas tanah... lain kali je la.





No comments:

Post a Comment