Feb 25, 2011

Lepas SKIM, MLM pulak... kesian EMAS

Assalamualaikum & salam Sejahtera;

Info terkini berkaitan salah-guna EMAS oleh sesetengah individu. Dulu, ada yang buat skim... sekarang, mereka makin kreatif... buat MLM pulak :-)

Terdapat satu syarikat MLM yang telah memanipulasi EMAS dalam menjayakan misi mereka.

Penemuan terbaru, syarikat tersebut sedang bergerak aktif di Kuala Terengganu & kawasan2 yang sewaktu dengannya.

Modus Operandi mereka :
- sasaran utama cikgu-cikgu sekolah
- bayar yuran penyertaan sebanyak RM3,000.oo (huh, RM3,000 tu dah boleh beli goldbar 20g)
- bayar RM5,000 sebagai pendahuluan bagi goldbar Pamp Suisse (PS) 100g
- goldbar PS 100g di masukkan ke Ar-Rahnu untuk mendapatkan cash bagi menyelesaikan baki pembelian Pamp Suisse (70% dari harga PS)

Akibatnya :
- pembeli kerugian RM3,000
- jika tidak mengambilkira semua aspek, ada kemungkinan pembeli tidak mampu menebus semula PS tersebut. Akhirnya, emas ntah ke mana...

Oleh itu :
Bagi mereka yang baru nak bermula... belilah emas ikut kemampuan anda.... belilah emas dgn ilmu... sedikit ilmu yang saya ada ini adalah untuk dikongsi bersama.... sifu2 emas saya juga sedia membantu bila2 masa jika ada persoalan menjengah di kepala.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
SUMBER :
hasil perbincangan TE Wazir dan rakan2 emas, semasa sessi TT selepas Seminar PG di Kuala Terengganu sebentar tadi

Feb 22, 2011

Nak mula... tapi, tak tahu ...

"Saya nak mula simpan emas, tapi saya tak tahu camana nak mula"

Ayat yang biasa kedengaran...

Jangan bimbang... hubungi kami...

012-5353121 (Pn Dila) / 012-5509796 (Cikgu Zul)

Jika malu2 nak hubungi kami, hubungilah mana2 agen

di Rangkaian EmasKini

Kami sedia membantu anda :-)

COD area Kuala Terengganu & kawasan2 yang sewaktu dengannya.

Feb 21, 2011

JANGAN JADI PENJUAL EMAS YANG TERDESAK

Sumber : Pelabur Jutawan





1- Sejak kebelakangan ini saya melihat beberapa fenomena yang sebelum ini sukar di jumpai. Banyak syarikat2 yang muncul sekelip mata dengan produk2 emas fizikal mereka, ada yang mengeluarkannya dengan Hallmark tersendiri, dan ada juga yang menjual emas PAMP Suisse yang kononnya lebih bermutu dan diiktiraf di seluruh dunia.

2- Apa yang menghairankan, syarikat2 ini muncul selepas Public Gold berjaya menempa nama dan menjadi syarikat terunggul di Malaysia sebagai pembuat & penjual emas jongkong dan dinar. Mereka ingin menjadi pesaing kepada PG dengan menawarkan harga2 yang rendah sedikit berbanding PG, tetapi harga belian semula mereka jauh lebih rendah daripada PG, bermakna spread yang ditawarkan adalah sangat2 besar.

3- Tidak kurang juga ada yang menawarkan harga yang sangat rendah ataupun melelong emas2 mereka, sekaligus menjadikan ianya bukanlah lagi satu komoditi yang eksklusif dan bernilai tinggi, tetapi seolah2 seperti barangan lelong yang murah dan rendah nilainya.

4- Saya tidak pasti apakah tujuan mereka, kerana pada mulanya mereka menganggap emas fizikal ini sebagai satu pelaburan yang menguntungkan, tetapi mengapa mereka terlalu terdesak untuk menjualnya? Bukankah lebih lama disimpan, ianya lebih bernilai tinggi disebabkan harganya yang sentiasa meningkat?

5- Satu perkara yang saya amat pasti ialah, mereka ini tidak menganggap Emas sebagai suatu produk pelaburan, bahkan hanyalah barangan dagangan semata2, dan mereka hanya ingin menjadi seorang Salesman yang sentiasa bertungkus lumus bersaing untuk mencari pembeli.

6- Inilah yang membezakan diantara Pelabur Emas dan Penjual Emas. Mereka mengaku bahawa mereka seorang Pelabur Emas, sedangkan mereka hanyalah seorang Penjual Emas yang sentiasa bertungkus lumus untuk mendapatkan keuntungan runcit.

7- Sebagai seorang Pelabur Emas, saya tidak terdesak untuk menjual emas yang saya miliki, dan jauh sekali untuk bertungkus lumus mempromosi emas dengan harga murah kepada pelanggan, kerana sebagai seorang pelabur saya masih mempunyai Emas yang menjadi Aset Pelaburan saya, dan dalam masa yang sama saya memperolehi keuntungannya setiap bulan dan tahun dalam bentuk tunai walaupun saya tidak menjualkan emas milik saya!!

8- Apa yang saya perhatikan, mereka ini bertungkus lumus menjual emas hanya disebabkan untuk memperolehi keuntungan runcit dengan menjadi seorang Trader, iaitu membeli emas dengan harga yang rendah / murah, dan menjualnya semula dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan untung runcit. Sedangkan saya sebagai seorang investor, sama ada saya menjualnya ataupun tidak, saya tetap beroleh keuntungan darinya.

9- Saya tidak nafikan, Target setiap orang adalah berbeza, namun saya pasti bahawa semuanya mahu mencapai Financial Freedom. Penjual2 emas yang bersaing dengan harga2 yang murah ini hanyalah ingin menjadi seorang peniaga, tidak lebih dari itu, kerana mereka sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan untung, sedangkan konsep Financial Freedom adalah dengan membuatkan wang bekerja untuk mereka, dan bukan mereka yang bekerja untuk wang.

10- Ada juga diantara Dealer2 saya sendiri yang menjadi seorang Trader yang sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan untung runcit, sekaligus tersasar dari tujuan asal mereka yang ingin menjadi seorang pelabur emas. Mungkin mereka merasa cukup selesa dan senang dengan cara tersebut, tetapi apa yang pastinya, saya dapat merasakan yang mereka menjadi Trader hanyalah disebabkan emas mereka tidak memberikan keuntungan di dalam bentuk tunai, tetapi emas saya memberikan saya keuntungan di dalam bentuk tunai secara bulanan, tahunan dan kenaikan nilai pada setiap tahun.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Dilla berkata :

Thanks PELABUR JUTAWAN atas perkongsian ini

Janganlah jadi penjual emas yang terdesak... percaya atau tidak... saya boleh dikatakan antara yang terawal menyertai Public Gold, Dealer ID A0478... sekarang PG telah mempunyai lebih 6000 org dealer berdaftar, fuh!...

Anda cuba simpan emas, anda akan tahu... jika tak cuba... sampai bila2 pun anda takkan tah
u
...

Feb 8, 2011

CANTIKNYA DINAR...

CANTIKNYA 10 DINAR...


10 dinar keluaran syarikat Public Dina
PERIHAL DINAR & DIRHAM


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan.
~ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia.

Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama lebih 1400 tahun.

Harga kambing pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dinar;
hari ini 1400 tahun kemudian seekor kambing masih lagi berharga 1 dinar.


Manakala, harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham;
hari ini 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

Public Dinar menawarkan harga yang kompetitif bagi pembelian dinar,

stok sentiasa ada setiap masa

Mulakan simpanan 1 dinar anda... 1 dinar bagi setiap bulan

>>> jika berminat untuk memilikinya, boleh hubungi saya :-)