Jan 20, 2011

JANGAN TERTIPU : SKIM CEPAT KAYA PERALATKAN EMAS

SKIM CEPAT KAYA PERALAT ‘EMAS’ – JAUHI LAH..

Adakah Anda Tahu ?

Saya ingin cerita dan kongsi sedikit pengalaman menghadiri seminar Skim Cepat Kaya.

Sekarang saya ceritakan…

Beberapa tahun dahulu saya telah dijemput untuk menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh syarikat Etika Emas (M)Sdn Bhd.

Seminar ini telah diadakan di GoodHope Hotel Skudai Johor.Bila seminar tu bermula, saya pun duduk lah dikerusi paling belakang sekali.

Seminar pun bermula,dan salah satu pegawai pemasaran syarikat terbabit memberikan penerangannya.Ringkasnya berbunyi begini…hehe Anda Beli 1 Ketul 100Gram Jongkong Emas PamP Suiess dengan harga RM10,000(harga emas pada masa itu),kami dari syarikat Etika Emas akan memberi anda lagi 2 ketul 100Gram Jongkong Emas PamP Suiess secara percuma kepada anda,jadi jumlah Emas anda ada 3ketul 100 Gram.

Kemudian pegawai Etika Emas akan menyuruh anda tanda tangan satu surat perjanjian antara anda dan pihak syarikat….Selepas tu,anda akan di bawa ke Ar-Rahnu Bank Rakyat untuk membuat Gadaian atas nama anda.

Berapakah anda perlu Gadai? tentulah kesemua 3 Ketul Emas anda tadi. jadi 3 Ketul x RM10,000=RM30,000. Nilai gadaian pada masa itu adalah 65 peratus, jadi gadaian anda dapat RM19500.

RM19500, Adakah anda dapat..? tentulah tidak..Kesemua duit itu akan diambil oleh pihak syarikat Etika Emas mengikut perjanjian yang telah di buat oleh anda.

Malangnya.

Jadi apa yang anda dapat? Berdasarkan kepada perjanjian yang telah anda tandatangani, anda hanya akan di beri RM300 saja setiap bulan sehingga tamat perjanjian yang termaktub. Lihat lah operasi syarikat ini, dah lah beli emas tak dapat emas, kena guna nama sendiri untuk gadaian RM30,000 pula. Ini di panggil perjanjian berat sebelah.

Apabila syarikat diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia, semua impian menjadi kaya cepat terus lebur. Apa yang dapat hanya Hutang meninggi dengan pihak Bank…sedih dan malang sungguh.

Masih ada lagi syarikat yang menjalankan urusniaga seperti ini. Perkara ini dilakukan oleh serpihan-serpihan ejen-ejen Etika emas. Sebelum memulakan pelaburan anda, selidik dahulu syarikat-syarikat yang menjalankan urusniaga pelaburan emas.

Pastikan ia telah mendapat surat kebenaran dari bank Negara. Berapa lama syarikat telah beroperasi, berguru dengan orang yang benar-benar mahir dalam pelaburan emas.




Cerita Kedua…

huhu..renungkan.

Syarikat Dencomm Sales and Service yang ber ibupejabat di Bandar Penawar Kota Tinggi Johor.

Syarikat ini adalah syarikat yang terbaru di serbu oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Syarikat ini menawarkan untung 10% selama 5-10 tahun mengikut perjanjian dari pembelian barang (konon-kononnya). Pada awalnya hanya RM500 untuk pembelian paling rendah, tetapi dinaikkan kepada RM5000 setelah ramai ahli yang menyertai.

Tetapi apa kan daya, selepas syarikat ini di serbu BNM, semua ahli tidak menerima lagi wang bulanan yang dijanjikan mereka…kena lagi..Malang Sungguh….

Sudah ramai rakan-rakan baik saya telah terpedaya dengan Skim ini.
walaubagaimanupun, masih lagi terdapat skim2 ini di Malaysia yg dijalankan oleh serpihan ejen2 etika emas dengan menggunakan nama yang berbeza tetapi modus operandi adalah sama.. hati-hati bakal-bakal pelabur. diharap anda jangan terpedaya.

sumber : Mohd Faeez Mazlan (http://www.uncangemas.net/)

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pelaburan-emas-yang-betul-vs-skim-pelaburan-emas/

-------------------------------------------------------------------------------------
Pesanan Dila :

Jika nak melabur dengan emas : BELI SENDIRI > SIMPAN SENDIRI > JUAL SENDIRI

Anda beli emas, anda dapat emas... bukan dapat kertas... jika dapat kertas, baik simpan duit fiat aje :-)

Klik utk tengok produk2 yang boleh dibeli, disimpan & dijual ketika harga naik...

No comments:

Post a Comment