Jan 31, 2011

ANDA TERGOLONG DALAM MEREKA YANG MASIH BELUM TERLAMBAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Apa khabar semua? Harapan saya, semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Fenomena harga emas menurun masih belum tamat lagi nampaknya. Kepada sahabat-sahabat yang masih belum memiliki emas sebagai simpanan jangka panjang, silalah kalian berbuat demikian sebelum terlambat. Jangan sampai menyesal di kemudian hari :-)

Ramai yang kata, harga emas telah berada di tahap tertinggi dalam sejarah (ya, ia pernah mencecah tahap tertinggi pada sejarah pada Nov 2010 dan Dis 2010 yang lalu) iaitu melebihi USD1400/oz.

Mereka juga berkata, kita tak akan untung banyak jika kita mula menyimpan emas sekarang. Lainlah kalau kita dah mula menyimpan sejak 10 tahun yang lepas, iaitu pada harga emas hanya sekitar RM40/gram (saya berkahwin pada tahun 2000, yang mana harga emas pada ketika itu cumalah RM37/gram).

Mari kita lihat graf di bawah, dan di manakah kita sekarang.



Itu lah kajian Dr. Jean-Pau Rodrigue, Department of Ecomomics & Geography, Hosfra University...

Beliau meramalkan, harga emas akan naik, dan naik lagi...

Itu dari aspek kajian luar negara, di Malaysia pula, Pengarah Urusan Poh Kong meramalkan perkara yang sama.
(siapa tidak kenal jenama Poh Kong, mereka mempunyai rangkaian perniagaan emas di serata Malaysia dan nama mereka sangat sukar dipisahkan dari perniagaan emas)



Tapi, lebih ramai yang suka menyimpan wang kertas yang masih disandarkan kepada USD. Cuba kita perhatikan, sejarah kejatuhan USD... adakah USD masih kukuh seperti dulu atau ianya semakin jatuh (dan mungkin akan terus jatuh)




Perlu juga diketahui, USD dicetak tanpa disandarkan dengan dengan apa-apa logam berharga sekalipun. Mereka mencetak dengan sebebas-bebasnya... untuk mengetahui sejarah percetakan USD yang langsung tidak disandarkan dengan apa2 benda berharga seperti emas & perak, silalah rajinkan diri untuk membaca buku2 / website2 berkaitan...

Jika tidak punya banyak masa untuk menelaah, saya cadangan supaya, belilah Majalah Milenia Muslim bulan Februari 2011... tajuk utama Bersediakah Dinar Mengambil Tempat Wang Kertas? banyak kupasan di dalamnya... bergantung kepada niat anda untuk mula menyimpan emas & perak. Jika bukan generasi kita yang memulakannya, siapa lagi?



http://www.mileniamuslim.com

Sedikit perkongsian... juga ucapan tahniah kepada mereka yang telah memulakan simpanan emas... kita boleh tersenyum lega di akhir tahun 2010 yang lalu :-)






FAKTA :

1. Peratusan kenaikan harga emas sepanjang 2010 adalah 29.18%, alhamdulillah...

2. Siapa yang beli dan simpan emas 1/1/2010 - 1/1/2011 akan nikmatinya, alhamdulillah...

3. Beli emas dgn ilmu...insyaallah mampu berjaya dgn amat baik..

4. Beli RM100k awal tahun 2010...anda boleh menuai hasil rm29k++
(jika anda menjualnya, jika tidak menjualnya & simpan saja, anda tak rugi pun... cuma hasilnya belum boleh dituai... jika anda berniaga, itu adalah lebih baik)

REZEKI ALLAH BAGI MELALUI EMAS DAN PERAK, ALHAMDULILLAH... HANYA YANG MENGAMBIL PELUANG SAHAJA AKAN MERASAINYA

-------------------------------------------------------------------------------------------

Dilla berkata lagi :

Kepada yang kata emas terlalu mahal, tak mampu untuk dibeli... cubalah simpan perak (silver). Ianya ternyata lebih murah berbanding harga emas. A gentle reminder, jangan pandang rendah pada silver sebab potensi untuk silver adalah DIRAMALKAN LEBIH BESAR pada tahun ini (2011), insyaAllah.

Cuba lihat graf sejarah harga silver bagi tahun lepas (setahun)



Beruntunglah mereka yang telah membeli silver pada harga USD15/oz(Feb 2010) ... kerana harga silver pernah mencapai sehingga USD31/oz (Jan 2011).... keuntungan melebihi 100%!!!

No comments:

Post a Comment