Oct 31, 2010

KENAPA KITA MESTI SIMPAN EMAS DAN PERAK, BUKAN DUIT KERTAS???

KENAPA KITA MESTI SIMPAN EMAS, BUKAN DUIT KERTAS?

Article by : Tokey Dinar



Salam bahagia saya tujukan pada TUAN/PUAN semua.. tujuan saya menulis nota ini untuk membincangkan secara ringkas dan berdiskusi dengan anda semua mengapa perlunya kita menyimpan emas dan bukan wang kertas... Harapan saya sedikt sebanyak ia akan membuka mata dan minda kita semua DAN selepas ini terpulang kepada kita untuk terus menyimpan wang kertas mahupun emas.



1. WANG KERTAS

-Secara ringkasnya seperti yg kita ketahui nilai wang kertas saban hari semakin susut nilainya. mengapa ia terjadi? ini disebabkan apabila kos sara hidup meningkat kuasa membeli kita menjadi lemah. Apa yg menyebabkan kos sara hidup meningkat dan kuasa membeli menjadi lemah?? Secara umumnya apabila permintaan melebihi tawaran harga akan meningkat. Nilai wang kertas pula akan menjadi lemah kerana permintaan yang semakin tinggi.



sebagai contoh apabila kerajaan membina PROJEK-PROJEK MEGA.. maka di situ akan berlaku permintaan yang tinggi. Ini kerana kita memerlukan kepelbagaian keperluan untuk menjayakan sesuatu projek CONTOHNYA BANGUNAN 100 TINGKAT. untuk membeli segala keperluan itu sudah pastinya memerlukan wang kertas yang banyak. Secara tidak langsung ini menyebabkan kos sara hidup akan turut meningkat. Walaupun kita mengandaikan sesuatu boleh dilakukan bagi mengekang drpd kos sara hidup terus meningkat tetapi secara realiti ini tidak akan berlaku sebagaimana kita tidak mampu mengawal kenaikan harga barang.



Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kos sara hidup dan meningkat kan nilai wang kertas kita?? JAWAPANNYA HANYA DENGAN KITA MENUKARKAN SIMPANAN WANG KERTAS KITA KEPADA EMAS DAN PERAK.



Cuba anda bayangkan bagaimana kerajaan mampu membina dan menjalankan projek2 mega untuk membangunkan negara.. daripada mana sumber kewangannya?? Ya betul sudah tentu daripada duit rakyat, duit cukai yg dibayar Dan yg utama adalah Duit daripada pelaburan rakyat @ pelabur asing yg di bawa masuk. Semua ini memerlukan investor atau pelaburx2 yg melambakkan duit mereka kepada saham2, sekuriti dan bond kerajaan.



Sebenarnya semua ini masih terkawal jika kerajaan tidak terlalu ekstrem untuk membangunkan negara dengan berkadaran setanding dgn ekonomi rakyat keseluruhan. Kita mengandaikan mrka akan membantu rakyat yg kesusahan ttpi hakikatnya keadaan itu hanya menguntungkan pihak yg ada dan mempunyai kepentingan. Dengan istilah ringkasnya yg kaya akan terus kaya. Yang tertinggal akan terus ketinggalan. Yang dibantu hanya sekadar "batuk di tangga" bgi lunak dibicarakan dan dipratontonkan.



Sekarang saya sudah perjelaskan secara ringkas kepada tuan/puan semua bagaimana duit yg kita simpan di dalam ASB amnya akhirnya menjadi senjata makan tuan kerana tempias kos sara hidup yang meningkat disebabkan dimanupulasikan oleh kerajaan untuk membangunkan negara secara ekstrem.



FAEDAH MENYIMPAN EMAS



Apabila kita menukarkan simpanan wang kertas kepada emas nilai wang kertas kita akan bertambah. Ini kerana wang kertas menjadi kurang permintaan.Apabila permintaan terhadap wang kertas berkurangan maka nilainya akan semakin tinggi. Harga emas pula akan meningkat kerana permintaan yg semakin tinggi. Mengapa emas tidak turun nilainya seperti wang kertas?? Ini kerana emas tidak boleh dimanupulasi, dicetak sesuka hati dan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui. Emas adalah suatu ciptaan Allah yang sgt unik, cantik dan tahan lasak hingga ke akhir zaman.



Secara AMnya apabila simpanan emas melebihi daripada simpanan wang kertas kuasa membeli pengguna akan meningkat. Namun demikian ekonomi dan pembangunan negara akan menjadi perlahan. Ini disebabkan pengguna akan lebih bnyk menukarkan wang kertas untuk membeli emas dan barangan pula menjadi semakin murah disebabkan nilai mata wang yang meningkat. Harga barang sukar untuk dimanupulasikan. Kerajaan pula tidak dpt membina PROJEK-PROJEK MEGA secara eksterim kerana kekurangan Dana daripada Pelabur meyebabkan permintaan pasaran kurang. Apabila permintaan kurang, pasaran akan berlebihan menjadikan harga lebih kompetitif dan murah. BUKAN KAH SEMUA INI MENGUNTUNGKAN KITA SEMUA sebagai rakyat.



Sebenarnya jika berlaku peningkatan KOS SARA HIDUP tidak perlulah kita menyalahkan kerajaan. KERANA kita sendiri yang memilih untuk hidup in HIGH LIVING COST. KERAJAAN hanya menjalankan tanggungjawabnya untuk membangunkan negara walaupun kesannya kos sara hidup akan meningkat. Jadi rakyat perlu berkorban dan bersedia mencari alternatif untuk surviving living supaya tidak bergantung kepada kerajaan lagi. Lebih2 lagi subsidi semua akan dihapuskan demi mengejar dan meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara.Maksudnya kita sekrang berada dalam abad surivival living. Siapa pandai ambil peluang dia akan berada di atas dan hidup senang.



KESIMPULANNYA

Kita sebenarnya mampu utk MENGUBAH EKONOMI dan MEMBANTU mereka yang kurang berkemampuan dengan kita membeli emas bagi yang berkemampuan.Menukar segala bentuk simpanan wang kertas kepada emas fizikal. Semua ini kan memberi kesan yang besar jika kita semua melaksanakannya



Namun demikian jika kita rasakan itu bukan tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan kita mampu, sanggup dan rela hidup dalam HIGH LIVING COST = HIGH INCOME MONEY. Maka teruskanlah melabur dalam wang kertas. Kerana itu bukan masalah kita. Yang penting diri kita bukan?? Namun bagi yang ada hati dan timbang rasa inilah caranya bagaimana kita dan membantu sesama kita. Bukan sekadar kita dpt memberi dan meningkatkan kuasa membeli kepada semua malah kita dapat lebih membersihkan hati kita dengan zakat emas yang dikeluarkan. Bayangkan berapa bnyk zakat emas yg akan dikeluarkan jika semua menyimpan emas dan emas pula harga sentiasa meningkat..insya'Allah masalah kemiskinan dapat di atasi. Semua akan hidup dalam selesa dan aman. Walaupun mungkin ekonomi dan pembangunan agak perlahan.



Dan 'Ingatlah DUIT KITA, HAK KITA DAN KUASA DI TANGAN KITA... BUATLAH PILIHAN KERANA ANDA YANG MENENTUKAN.



** NOTA INI BUKAN UNTUK PROVOKE KERAJAAN HANYA UNTUK MEMBUKA MATA DAN MINDA BAGI MEREKA YANG MAHU TERIMA.



SEKIAN TERIMA KASIH
-------------------------------------------------------------------------------------

Kredit to Tokey Dinar for this article :)

"KEEP GOLD, FOR MONEY"
~ Oct. 31, 2010 ~

2 comments:

  1. Betul tuh... sekarang semua orang dah buka mata... BNM pon dah mula menggeribak sebab ramai simpan emas berbanding wang kertas

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kpd kerajaan kelantan yg telah mengambil langkah paling awal memperkenalkan Dinar Kelantan dan berani dikritik oleh musuh2 yg sentiasa irihati dgn kemajuan pentadbiran kelantan yg bijak & berpandangan jauh. Syabas! saya ucapkan semoga memberkati usaha2 yg murni membawa Islam ke mercu/puncak kejayaan untuk dicontohi oleh musuh2 Islam.

    ReplyDelete