Feb 26, 2010

Pelaburan Emas Yang Betul vs Skim Pelaburan Emas Yang Salah




Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apa khabar sahabat, rakan & taulan sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.







Kali ini saya akan bercerita berkenaan skim pelaburan emas yang dikatakan telah menipu sehingga RM25 juta. Saya juga akan berkongsi maklumat dengan anda semua bagaimana mengelakkan diri dari terjebak dengan skim-skim pelaburan emas. Selain itu saya akan terangkan bagaimana membuat pelaburan emas dengan cara yang paling betul, selamat dan menguntungkan.


Cerita "Skim Cepat Kaya" menggunakan emas.
Pada 8/2/2010 – 9/2/2010 Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah melaporkan kejadian 60 pelabur kerugian sehingga RM25 juta akibat melabur di dalam skim pelaburan emas.
-Laporan Bernama berkenaan penipuan skim pelaburan emas.




Memang menyedihkan apabila membaca berita seumpama ini. Ini bukanlah kali pertama penipuan seperti ini berlaku. Kalau anda baca artikel2 yang terdahulu anda dapati dari tahun lepas lagi syarikat-syarikat yang menawarkan skim-skim pelaburan emas telah menipu atau diserbu oleh BNM. Ramai pelabur yang rugi.


Pelaburan emas sememangnya merupakan pelaburan yang sangat selamat dan menguntungkan.
Tetapi anda kena tahu cara membuat pelaburan emas yang betul. Kalau tersalah langkah, anda boleh terjebak di dalam skim pelaburan emas.


Pelaburan emas yang betul maka anda akan tersenyum sebab untung. Kalau masuk skim pelaburan emas alamatnyer pening kepala ler… Membuat pelaburan dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas adalah cara yang paling tak selamat, paling tak teguh dan sangat tidak meyakinkan. Tak boleh tidur lena lah jawabnya.


Kenapa orang masih memilih skim pelaburan emas?
Walaupun skim pelaburan emas telah menipu pelabur sejak Januari 2009, namun masih ramai yang masih terjebak dengan skim pelaburan emas.
Persoalannya mengapa?


Hasil kajian dan temubual saya dengan mangsa-mangsa skim pelaburan, jawapan mereka adalah:
1. Tamak – nak untung cepat2. Tiada pengetahuan mengenai pelaburan emas3. Mudah percaya kata-kata dan janji-janji manis penganjur skim.



Jadi, disini saya ingin memberikan panduan bagaimana mengelakkan skim-skim seperti ini.
1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.


2. Elakkan melabur sekiranya harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi (gunakan harga emas Public Gold http://www.publicgold.com.my/ sebagai benchmark)


3. Elakkan melabur sekiranya anda perlu serahkan balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan.


4. Elakkan melabur sekiranya emas itu perlu digadai dan wang hasil gadaian perlu diserahkan kepada syarikat


5. Elakkan melabur sekiranya sekiranya terdapat unsur-unsur bonus tajaan, bonus rekrut orang ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.


6. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.


7. Elakkan melabur jika anda perlu menyerahkan emas sekarang dan menunggu beberapa hari untuk mendapat semula duit anda (bagi kes jualan semula).


Bagaimanakah cara membuat pelaburan emas yang sebenar?


Pelaburan emas yang sebenar ialah dengan cara membeli emas-emas pelaburan samada jongkong, syiling atau akaun simpanan emas bank. Contohnya syiling Kijang Emas, syiling emas UOB Bank, jongkong emas Public Gold, dinar emas Public Gold dan dinar emas Kelantan.


Anda tak perlukan janji-janji pulangan setiap bulan.


Bila harga naik, anda boleh jual emas tersebut untuk mendapat keuntungan.


Jika anda mahir, anda boleh menggunakan teknik-teknik manipulasi emas yang betul.


Ini membolehkan anda menjana lebih banyak keuntungan daripada emas anda.
[kredit to : En. Syukor, Admin JutawanEmas]

No comments:

Post a Comment